Kanvas Meddia
Kompilasi kekeliruan mental yang menyayat hati
Tuesday, 27 March 2012
Gangguan tak seksual
Penglihatan mata ditujukan ke arah monitor komputer. Menaip-naip sambil berkerut dahi memikirkan masalah orang. Masalah macam mana nak mengkayakan orang atasan. Petang itu aku agak sibuk. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki berbaju-T belang, seluar slack dan berkasut basketball tebal berjalan. Disebabkan tempat aku terletak di hujung dalam pejabat, aku boleh nampak setiap pergerakan pekerja di pejabat ini. Lelaki berkulit cerah, bermata kecil dan berbahasa Kantonis sebagai bahasa utama ini memang suka jalan-jalan pergi ke stesyen kerja setiap pekerja di pejabat ini. Semakin beliau menghampiri tempat aku, aku tahu, destinasinya adalah meja aku. Aku melakukan kombinasi Alt + Tab dan skrin aku bertukar dari Youtube ke paparan platform pengaturcaraan. Ye aku tipu, aku tak buat kerja sangat pun hari itu.
Sebaik tiba di meja aku, tangannya menjalar mengambil dan membelek-belek air tin berisi white coffee berjenama Old Town kepunyaan aku. (Itu memang tabiatnya, suka mengusik, meneliti, membelek, memegang segala harta orang yang berada di atas meja, kemudiannya diletakkan kembali, selalunya bukan di tempat asal. Agak annoying.) Aku sudah bermuka tak puas hati. Kemudian, diteruskan pula dengan mengambil botol kecil breath spray aku (aku hisap rokok, sebab tu aku ada benda ni) sambil bertanya, "What is this for?" dengan telor Kantonisnya. Telor, bukan telur, atau teloq.
Aku, yang masih mengawal amarah aku hanya berkata "Nothing. But I can stuck it onto your asshole if you want," kata aku, kecuali ayat yang akhir tu aku cakap dalam hati. Aku merampas dalam kelajuan sederhana untuk tidak tunjukkan sangat yang aku marah.
"You mad at me hah.." katanya. Konon mengharapkan aku cakap "No lah". Aku hanya diam. Dia sambung membebel, "..why people always mad at me. They treat me bad blablablablabla.." aku dah tak berapa ambil perhatian sangat kepada bebelannya. Kalau gadis cantik dan berkaki panjang membebel pun aku tak ambil peduli, apatah lagi lelaki yang sikat rambut belah tepi berumur pertengahan 30-an ini.
Tapi kalau dah lama sangat membebel memang agak berlebihan lah kan. Dalam pertengahan bebelan beliau, aku memotong, "What you actually want from me by coming here? Please don't waste my time, and your time too," dengan nada serius dan berkerut dahi - muka kurang ajar - orang Melayu kata. Mata aku memandang tepat ke matanya. Aku nak dia menangis bila melihat reaksi aku yang bengis ini.
"Urm..no.." katanya dengan tersekat-sekat, "..I just want to let you know, I already complete the task that you forgot to do last week,"
Terasa seperti muka ditampar. Terasa seperti dihenyak-henyak dengan kasut basketballnya. Terasa seperti rambut aku disikat belah tepi olehnya secara paksa.
"Thank you!" kata aku dengan muka manis dibuat-buat.
Lainkali biar je lah dia nak ambil apa pun kat meja aku.
Sunday, 18 March 2012
Pengaruh
Bak watak Winston Smith dalam novel '1984' karya Orwell yang menulis diari dalam ketakutan ancaman telescreen, Thought Police dan Big Brother, aku di sini ketakutan menggunakan pencetak kepunyaan pejabat untuk mencetak kitab kehidupan melawan. Bukan kitab sangat pun. Kompilasi tulisan-tulisan dan artikel karya seorang penulis yang aku idolakan, dikumpul dan disusun menjadi sebuah buku kecil. Oleh kerana penulis ni suka tutup blog, aku pun ambil keputusan untuk simpan karya-karya beliau yang sangat mempengaruhi pemikiran aku.
Menggunakan barangan pejabat untuk kegunaan peribadi memang satu kesalahan. Ah, macam tak biasa. Aku tulis blog ni pun guna barang pejabat dan bersifat peribadi juga. Bagi bonus dah la sikit je. Eh, tu cerita lain.
Pendek cerita, aku berjaya cetak semuanya tanpa diketahui oleh sesiapapun. (Sekarang, anda pula yang sudah tahu). Tujuan asal aku bukanlah untuk membaca sangat, aku dah hafal kisah-kisah gaya penulisan dan watak-watak yang beliau tonjolkan.
Objektif asalnya adalah untuk diberi kepada adik bongsu aku, kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang abang yang sudah meningkat usia, untuk mengPunk-rockan pemikiran adik pula.
Jadi pada malam itu, tatkala adik aku sudah pun membaca doa tidur, aku mengeluarkan kitab susunan aku itu dari dalam beg. Aku berdiri di sebelahnya dan tangan menghulurkan helaian-helaian kertas yang sudah dicantumkan menjadi buku, disuakan ke mukanya.
"Nah, baca dan faham," kata aku ringkas. Adik aku masih lagi tidak menyambut pemberian aku. Aku hanya letakkan buku tersebut di sebelahnya.
"Baca. Mungkin kau tak akan berapa faham sekarang. Tapi bila kau dah besar nanti, kau akan berterima kasih kepada aku kerana bagi kau benda ni. Tak apa. Buat masa ini, baca untuk bagi pandai buat karangan Bahasa Melayu."
Adik aku masih tidak memberi respon.
"Baca. Nanti kau boleh jadi macam aku," ayat 'boleh jadi macam aku' dituturkan sambil tangan kanan membuat jari telunjuk, bergerak dari atas kepala turun ke badan hingga ke lutut.
Mata adik aku menuruti tangan kanan aku, tetapi pandangan terhenti ketika tangan melalui bahagian perut aku. Lama beliau memerhati perut aku, beliau mengeluarkan suara.
"Terima kasih je lah." sambil menarik selimut.
Monday, 12 March 2012
Di bawah ketiak ibu
Perasaan terkilan membuatkan aku menulis entri ini.
Biar aku cerita mengenai perihal diri aku. Oleh kerana terlampau banyak sifat positif dalam diri aku, jadi aku ingin memberitahu yang negatif sahaja. Aku seorang yang sangat degil dan rebellious. Aku sentiasa skeptik, suka melawan (selalunya melalui tindakan, bukan melalui kata-kata) dan selalu memberontak. Sifat-sifat kufur ini selalu aku amalkan ketika aku masih remaja. Syukur, sekarang ini aku mampu mengawalnya seiring dengan kematangan fikiran. Sifat-sifat ini diburukkan lagi apabila turut melibatkan ibu bapa aku. Ketika remaja, aku sering menipu mereka, ingkar arahan mereka, lupa nasihat mereka dan segala-gala yang anda dapat lihat dalam watak antagonis drama swasta yang pengakhirannya adalah samada disumpah menjadi batu, tak pun jadi gila.
Kemuncaknya apabila aku sanggup meninggalkan rumah (bukan lari rumah) tak balik-balik, tanpa menghubungi keluarga aku selama berbulan-bulan lamanya. Balik kampung dalam sehari, keluar semula berbulan-bulan tanpa khabar berita. Ada satu kali tu, raya haji pun aku tak balik. Lebih tepat lagi, sengaja tak balik. Hingga apabila mak aku berjaya menghubungi aku, aku boleh pula bertanya "Hah, ada apa call ni?!". Ok, anda sudah mula membenci saya nampaknya. Biar saya teruskan cerita.
Aku sangka aku boleh hidup tanpa mereka. Aku bebas dari kongkongan ibu bapa. Soal duit, aku sudah tak perlukan mereka kerana aku sudah ada duit sendiri. Nak keluar ke mana-mana tiada siapa bertanya. Aku ibarat layang-layang yang terputus talinya (Alleycats). Aku ibarat merpati putih, patah sayapnya di udara, merbahaya (OAG). Aku tenggelam dengan kehidupan duniawi. Semua benda aku buat. Dosa pahala semua aku langgar.
Sehingga terjadinya suatu peristiwa yang mengubah landskap kehidupan aku. Melibatkan maruah dan juga kewangan. Pernah tengok kapal terbang terhempas dalam TV? Ha, macam tu lah aku rasa kehidupan aku jatuh dan hancur. Aku berperilaku seperti orang gila. Menangis dalam bas selamba je. Tercakap sorang-sorang. Depresi yang melampau aku alami ketika itu. Tetapi maaf, benda itu terlalu peribadi, aku tidak dapat menceritakannya secara terperinci.
Tapi, ada dua orang insan yang aku sangka akan membenci aku setelah peristiwa itu, tetapi berhempas pulas membantu aku. Mereka adalah ibu bapa aku. Ya, mereka masih dengan cara mereka, memarahi aku, menasihati aku, tetapi dalam masa yang sama, mereka cuba tolong mengeluarkan aku dari masalah tersebut. Aku yang patut ditendang keluar rumah, masih lagi dibantu dan dipulihkan. Sehingga akhirnya, aku berjaya menyelesaikan masalah aku sepenuhnya. Semangat aku pulih, dan aku dapat meneruskan kehidupan aku dengan lebih yakin.
Jadi bermula dari hari itu, aku berjanji, aku ingin menebus kembali masa dan waktu yang aku bazirkan ketika mengabaikan mereka. Aku ingin sentiasa memperuntukkan lebih masa aku bersama mereka. Kerana aku tidak mahu menyesal, jika mereka sudah tiada, aku tidak sempat mengenali mereka sedalam-dalamnya. Aku jadikan mereka kawan rapat aku. Melakukan segala-galanya bersama mereka. Priority masa aku adalah bersama mereka. They are everything for me.
Tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku terkilan.
Aku telah diumpat oleh orang luar sebagai lelaki yang 'sentiasa duduk di bawah ketiak ibu'. Pergi ke mana-mana asyik dengan mak. Berborak, mesti ada topik pasal ibu aku. Nak ajak keluar, alasan mak ajelah yang aku bagi. Aku tersentak. Aku keliru. I keliru, I keliru. Keliru kerana, aku abaikan ibubapa memang salah, sentiasa pentingkan ibu bapa pun salah?
Mereka mungkin tidak faham setelah apa yang aku lalui, aku tidak sanggup lagi berjauhan sehingga membuatkan mereka menangis, hatta membuatkan mereka mengerutkan dahi sekalipun aku tidak mahu. Mak aku jarang menangis. Jadi apabila dia menangis kerana masalah yang ditimbulkan oleh aku, itu sudah sangat teruk. Tambahan pula mak aku sudah selalu tidak sihat. Aku bersyukur kerana aku tinggal bersama mereka, membolehkan aku menjaga mereka. Aku cuma mahu memberitahu, aku ingin sentiasa bersama mereka, sebagai menebus kesalahan yang telah banyak aku lakukan. Biarlah aku dikongkong, dijaga masa aku, jika itu memuaskan hati mereka. Dan sebenarnya bukanlah mereka mengongkong sangat. Cuma hendak tahu kemana aku pergi sahaja. Bukan melarang pun. Aku sudah puas hidup bersendirian. Aku cuma mahu berkongsi suka duka aku bersama mereka, di hadapan mata mereka. Apa yang aku lakukan ini, adalah satu cara untuk aku meminta maaf.
Akhir sekali, bukanlah aku kata korang kena balik kampung duduk dengan mak ayah pulak. Jika anda berjauhan dengan keluarga anda, sentiasalah pantau kehidupan mereka, berhubung dengan mereka. Mereka sebenarnya setiap hari memikirkan mengenai korang semua, tetapi pada masa yang sama, tidak mahu terlalu mengganggu kehidupan korang. Korang yang patut sukarela memberitahu perkembangan hidup korang kepada mereka. Sentiasalah balik berjumpa mereka. Gembirakanlah mereka selagi mereka masih hidup. Jangan nanti sesal tak sudah.
Kepada mereka yang tidak tahu, sekarang aku sudah bagitau, harap faham. Memang kalau di US, duduk dengan mak bapak sangat tidak cool. Biarlah. Hidup aku sentiasa cool, satu ni je lah yang aku tak cool. Kehkeh....
Tuesday, 10 January 2012
Review : Songlap
Hi maaf, aku dah kembali.
Tahun 2012 ini aku ingin mulakan dengan sebuah review filem tempatan, iaitu filem Songlap. Filem arahan pasangan suami-isteri punk rock iaitu Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Izahak manakala skrip ditulis oleh Fariza sendiri.
Best.
Filem tempatan terbaik sepanjang hidup aku.
Siapa kata tak best, sila layan Ombak Rindu banyak kali kat Astro First dan menangislah banyak kali babak Aaron Aziz kena lempang dengan jiran sebab parking kereta tak center masuk kawasan rumah orang lain.
Tu je.
Sekian.
(Aku dah tulis panjang-panjang tetapi dah terdelete.Sorry.Nanti aku tulis balik)
Tahun 2012 ini aku ingin mulakan dengan sebuah review filem tempatan, iaitu filem Songlap. Filem arahan pasangan suami-isteri punk rock iaitu Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Izahak manakala skrip ditulis oleh Fariza sendiri.
Best.
Filem tempatan terbaik sepanjang hidup aku.
Siapa kata tak best, sila layan Ombak Rindu banyak kali kat Astro First dan menangislah banyak kali babak Aaron Aziz kena lempang dengan jiran sebab parking kereta tak center masuk kawasan rumah orang lain.
Tu je.
Sekian.
(Aku dah tulis panjang-panjang tetapi dah terdelete.Sorry.Nanti aku tulis balik)
Subscribe to:
Posts (Atom)