Wednesday 29 June 2011

Yellow paranoia

Aku sudah mula rasa takut.

Takut dengan perilaku orang-orang yang ketakutan.

Monday 27 June 2011

Demam

"Deep, bersihkan bilik tu." arah mak kepada aku.

"Tak boleh mak. Bersih itu menyalahi undang-undang Malaysia."

Tuesday 14 June 2011

Bebel

Aku jarang mencarut terutamanya dalam bahasa melayu.

Tetapi pada satu hari ketika aku sedang memandu pulang di waktu malam, tiba-tiba sahaja ada satu kelibat melintas dengan laju.

"Celaka babi!" aku mencerca sambil menekan brek.

Setelah keadaan stabil, aku meneliti siapa sebenarnya yang sangat kurang ajar melintas tanpa kesedaran tentang peri-pentingnya keselamatan di jalanraya.

Seekor babi liar yang melintas. (Kawasan rumah aku banyak babi-babi yang sesat dek kerana pembangunan tak terkawal)

Jadi secara teknikalnya aku tak mencarut sangat.

Sekian.

Sunday 5 June 2011

Reviu filem : Oldboy - cerita gila babi dari Korea Selatan

Sudah lama aku tidak membuat reviu. Baik muzik, teater, buku atau filem. Walaupun aku tahu blog ini hanya dibaca 2-3 orang, tetapi ianya memberi lebih keyakinan kepada aku untuk bercerita di dalam kumpulan yang kecil, kerana aku seorang pemalu.

Jadi hari ini, aku ingin mereviu sebuah filem yang bukannya sedang ditayangkan di pawagam sekarang, kerana aku hanya ingin mengatakan yang filem-filem di pawagam sekarang hanyalah, CRAP!CRAP!CRAP!. Aku tak tonton satu pun lagi filem-filem yang ada sekarang, tapi saja nak cakap in advance, CRAP!CRAP!CRAP! Jeritan berani itu diluahkan sebab aku yakin, tiada satu pun yang mampu melawan kekuatan filem yang aku ingin reviu ini :- Oldboy.



K-Pop sememangnya berjaya membuatkan aku rasa menyampah dengan negara Korea Selatan. Penekanan yang lebih kepada unsur 'boleh jual' melebihi muzik itu sendiri amat mudah untuk aku mengeluarkan kata-kata kesat ketika mendengar muzik jenisan itu di radio. Memang mereka-mereka itu comel, aku akui, tetapi tiada benda lain ke yang boleh dijual? Aku sering membandingkan negara Korea Selatan dengan Jepun. Selalunya bagi aku, Jepun menang. Filem, komik, muzik, drama bersiri, pasukan bola sepak, bahasa, secara peribadi aku lebih  menyukai hasil dari Jepun. Kecuali porn, aku lebih mengghairahi terbitan Korea Selatan, kerana Jepun terlampau bising-tak-logik.

Tetapi Sabtu lepas, Chan-wook Park berjaya mengetuk kepala aku dengan mengatakan "Woi, aku pengarah filem dari Korea Selatan dan aku boleh buat filem yang kick-ass!". Betul. Memang dia sepak bontot minda aku. Belum pernah lagi aku berkata "What the fuck" berulang-ulang kali selama 5 minit selepas habis menonton sesebuah filem. Hanya Oldboy. Belum pernah lagi aku merasa risau dengan kisah silam aku yang banyak menyusahkan dan menyakitkan hati orang, seteruk ini hanya selepas aku menonton filem tersebut. Jadi dengan pernyataan tersebut, anda tahu yang aku serius menyatakan betapa hebatnya filem dari negara Dae han min guk itu.

Filem itu mengisahkan Dae-su seorang manusia biasa macam kita, tiba-tiba tanpa angin tanpa ribut diculik dan dikurung di dalam sebuah bilik yang lengkap dengan TV, katil dan tingkap yang ditutup dengan gambar berlatarbelakangkan gambar kincir air negara Holland, selama 15 tahun. Dikurung selama bertahun-tahun tanpa mendapat penjelasan kesalahannya, malah tidak tahu pun siapa yang mengurung beliau, aku semacam mendapat deja-vu yang ianya pernah selalu berlaku di Malaysia. Hmm..

Selama 15 tahun itu, beliau hanya makan, tengok TV, tidur, makan tengok TV tidur sahajalah kerjanya. Sehinggalah suatu hari beliau dilepaskan, juga secara tiba-tiba tanpa penjelasan kukuh kenapa beliau dilepaskan. Jadi bermulalah kisah di mana Dae-su mendedikasikan kehidupannya untuk mencari dan membalas dendam terhadap susuk yang menahan beliau dalam bilik selama 15 tahun tanpa kesalahan. Bersama seorang gadis bernama Mi-do yang beliau temui di kedai sushi, beliau terus berusaha mencari jawapan sehingga mengancam nyawa Mi-do pula, yang ketika itu, amat dicintainya. Peristiwa demi peristiwa berlaku sehinggalah menukar persoalan daripada 'Kenapa aku ditahan selama 15 tahun?' kepada 'Kenapa aku dibebaskan setelah 15 tahun?'. Itu sahaja yang aku boleh ceritakan, kerana filem jenisan ini, perlu ditonton dengan teliti tanpa mengetahui sinopsis yang berlebihan kerana plot-plot dan jalan ceritanya amat signifikan antara satu sama lain, demi untuk pemahaman anda semua. Sedikit sahaja lagi aku teruskan, akan memberi spoiler.

Ingin aku nyatakan di sini bahawa terdapat babak-babak ganas, seks dan sedikit menggelikan tekak di dalam filem ini. Perlu diberitahulah, takut anda menontonnya bersama keluarga. Jangan risau, babak-babak itu bukannya murahan, masih ada seninya. Tetapi satu sahaja aku boleh yakinkan anda, aksi seksnya perlu dihayati sepenuhnya, kerana twistnya di situ (maaf, dosa tanggung sendiri). Barulah anda boleh menyertai aku untuk berkata WTF bersama-sama. Akhir sekali, tontonlah sampai habis, jangan skip walau satu pun babak.

Jadi, kepada anda yang bosan dengan filem-filem adiwira CGI sampah, kisah-kisah abang long sarkis, propaganda Amerika, cerita hantu tahyul syirik atau video klip Shah Jaszle, aku amat sarankan kepada anda untuk tonton filem ini. Torrentlah, download atau belilah DVD cerita ini. Dijamin tak menyesal, ermm..mungkin anda akan menyesalinya secara positif.  Masterpiece!!

Oh, aku ada buat satu quote untuk filem ini, 'Oldboy is the only film that makes me feel regret of being erected to the sex scene'.


P/S:- Jepun masih menang, kerana ianya adaptasi dari manga Jepun bertajuk Oldboy.