Tuesday 23 August 2011

1Raya


"I would like to wish, in advance, to all my friends 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'. I wish I can celebrate with you guys and attending all the open houses. Darn! I'm gonna miss the kuih raya, rendang, nasi himpit, laksa, laksam etc etc. Stop now, I'm about to cry."

Kata-kata di atas merupakan ucapan biasa selamat hari raya yang aku copy dari status Facebook rakan aku yang kini berada di luar negara menyambung pengajian. Benda-benda common ucapan raya ni jarang aku ambil peduli. Tapi kenapa kali ini aku rasa ada sesuatu yang menarik tentang ucapan di atas sehingga membuatkan aku kembali menulis semula di blog yang dah diabaikan ini?

Kerana rakan aku yang pos ucapan itu, seorang amoi berbangsa Tionghua.

Seorang yang berlainan agama, bangsa dan budaya terasa hendak menangis kerana tak dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri, perayaan yang di luar skop kepercayaanya. Seorang yang setiap hari disuapkan dengan makanan berasaskan mi, sup, itik gantung dan LAIN-LAIN berasa rindu untuk makan kuih raya, rendang, nasi himpit, laksa, laksam.

Ini lebih membuatkan aku terharu dan sedar kepentingan hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, lebih daripada perasaan ketika menonton iklan promosi 1Malaysia yang membosankan.

Selamat hari raya!