Thursday 28 April 2011

Buku

"Sebab nak kurangkan cukai,"

Salah satu sebab kenapa pesta buku di KL ramai orang hari tu.

Friday 15 April 2011

Nasihat orang tua

Aku sudah hilang ghairah untuk melawan. Aku rindukan zaman muda ketika semangat so-called punk masih menggelegak, menentang kelaziman, menentang fesyen dan trend, melawan kesumbangan pemerintah, menentang skeptikal masyarakat, menentang dan melawan segalanya. Anarkis maya dalam pemikiran masih lagi utuh, dimana peraturannya ialah, tiada peraturan. Diterjemah ke kertas murah zine, penulisan dan pembacaan propaganda anak muda. Segala formaliti yang dikuasai susuk berkuasa dipecahkan dengan ketidakpedulian. Curiosity menjadi permainan harian yang mengujakan.

Tetapi semua aku dah tak rasa lagi.

Kini aku melihat semua perjuangan dan pegangan anak muda, hanya dari jauh. Seperti seorang fedo berdiri di luar pagar tadika, dengan tangan di dalam poket seluar. Nak sahaja aku menjerit, "Perjuangan kamu tak akan kekal!". Tapi aku tahu, aku akan dihambat, diejek bak veteran perang yang mengatakan perang itu sia-sia. Bak polis pencen yang mengatakan semua polis rasuah. Itu juga yang akan aku lakukan kepada sesiapa yang menentang kami pada suatu ketika dahulu. Kini aku terpaksa berjalan, dalam arus yang sama dengan semua orang. Jalan selamat. Kalau aku masih lagi berfikir dan bertindak seperti 10 tahun yang lalu, kudrat aku sudah tidak mampu untuk menyeret dompet yang ringan. Aku turut serta menyembah kertas kepala agong, sama seperti hamba kapitalis yang lain.

Maka tiada apa lagikah yang boleh ditentang?Tiada apa yang boleh dilawan?

Diri sendiri. Perjuangan melawan diri sendiri bukan bermakna menumbuk diri sendiri secara tiba-tiba. Itu bangang namanya. Perjuangan memperbaiki diri, menentang segala yang negatif yang menghancurkan kehidupan. Menentang segala pemikiran lemah dan takut yang boleh merencatkan otak. Tubuh adalah negara tempat tinggalnya roh dan minda, jadi anarkikanlah, punk-rockkanlah ia sepertimana yang kita mahu, dari segi pemikiran dan prinsip. Perjuangan yang melibatkan fizikal dan metafizikal yang sememangnya mencabar, tapi berbaloi. Tidak perlu pergi jauh untuk mengubah pemikiran dan kehidupan orang lain, mulakan dari diri sendiri. Tidak perlu berambut mohawk dan patches di jaket lagi.

Hey ho let's go!

Wednesday 13 April 2011

Teori Sixty nine

Ada yang kata tiada siapa yang boleh tentukan benar atau salahnya sesuatu perbuatan itu. Sekaligus ayat tersebut membuat justifikasi bahawa orang yang mengatakan benar atau salahnya perbuatan itu, adalah salah, di mana ianya salah kerana tiada siapa yang boleh tentukan benar atau salahnya sesuatu perbuatan itu.


Salah!Salah!Salah!

Slimming diet

Ada seseorang tegur aku, mengatakan aku kelihatan sudah turun berat badan.

Terima kasih cirit birit.

Terima kasih juga kepada mamak yang tak diketahui meletak apa dalam minuman aku setelah aku komplen dan minta untuk ditukar minuman kepada yang baru.

*Mencarut*

Friday 8 April 2011

Lima satu lima (1)

"Haa..Pia ni nyanyi sedap," wanita yang aku paling sayangi ini mula bersuara,"my favourite actually,"

American Idol. Sebuah pertandingan nyanyian SMS dari negara (obviously) Amerika Syarikat, rancangan kegemaran wanita ini. Semalam aku telah 'ter'lukakan hatinya dengan perangai degil aku. Jadi terpaksalah aku tolak tepi pandangan negatif aku terhadap program realiti tetapi penuh unsur fantasi, dan duduk di sebelahnya di sofa menemani beliau menonton bersama. Demi cinta, kononnya.

"Eh, Stefano dapat bottom three pulak," kata beliau, "nasib baik bukan Scotty, mamat suara besar,"

Aku hanya memandang skrin TV separuh perasaan, tidak peduli dengan nama-nama Yanks yang disebut beliau. Sejak bila dia hafal nama-nama ini aku pun tidak pasti. Harap-harap dia tidak pula cuba untuk mengundi peserta rancangan ini melalui SMS, yang tak akan sampai pun.

Perut aku sudah mula menyanyikan acapella Waiting Room, jadi aku menambah bunyi drum dengan menepuk-nepuk perut, yang hampir menyamai saiz sebuah tabla. Aku sudah mula lapar.

Jadi aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur, "Masak apa hari ni?" kata aku. Namun tidak dibalas. Aku bertanya lagi:

"Mama, masak apa hari ni?"

"Pergilah join abah tu makan, lauk semua dah ada atas meja." kata beliau sambil jari telunjuk menunjuk ke arah meja makan, mata masih melekat di skrin TV.

Nun di meja makan, abah aku keseorangan makan nasi. Aku duduk sebelahnya. Join the club.

"Alamaak, Pia keluar pulak!" suara wanita kesayangan masih kedengaran.

Thursday 7 April 2011

Atas jalan

Jack Kerouac pernah memberi aku pengetahuan melalui bukunya On The Road, bahawa pemandu kenderaan ketika zaman 50an di sana(Amerika Syarikat) agak mudah untuk menumpangkan orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi para pengembara. Hasil daripada itulah yang membuatkan Salvatore “Sal” Paradise (Jack di dalam buku tersebut) sampai ke destinasi yang ingin dituju dan mencatatkan tulisan spontannya untuk aku baca .Mempengaruhi aku untuk cuba mengembara sepertinya dengan harapan agar pemandu-pemandu di sini juga dapat melakukan perkara yang sama. Harapan yang sangat besar mungkin.

***

Pagi tadi ketika aku baru sahaja pandu keluar melintasi pondok jaga kediaman, kelihatan seseorang lelaki berpakaian seperti seorang pengembara - beg Deuter, berseluar baggy pants paras lutut, t-shirt, berkasut kanvas, menunjukkan bahasa tubuh yang aku rasa sering dilakukan Kerouac di dalam bukunya, menahan kereta aku untuk ditumpangkan. Masih lagi dengan inspirasi dan semangat On The Road, aku berhenti ke tepi sambil menurunkan tingkap kereta.

"...." aku angkat kening, bahasa tubuh seorang yang moody di pagi hari, bermaksud "Ada apa?" 

"Boleh tak tumpangkan saya ke Petronas bawah tu?" tanya si Pengembara sambil tersenyum mesra. Stesyen minyak Petronas terletak kira-kira 2 kilometer sahaja dari tempat dia menahan kereta aku. Tambahan pula kediaman aku di atas bukit, tidak perlu menekan pedal minyak pun boleh sampai ke stesyen minyak tersebut. Tiada masalah besar. Pas de problème.

"Maaflah, saya ikut jalan lain. Maaf ya," kata aku sambil angkat tangan dan menekan pedal minyak kereta. Beliau, masih dengan kemesraan, mengangguk dan menerima jawapan aku dengan mesra juga.

Beberapa minit kemudian, aku memandu melalui hadapan stesyen minyak Petronas kerana memang ada hanya satu jalan yang boleh dilalui kenderaan, tiada jalan lain.

Nampaknya aku terpaksa akui hakikat bahawa memang sukar untuk 'On The Road' di Malaysia.



Wednesday 6 April 2011

Bandar utama (1)

"Have you brought any girls to your house before?" pertanyaan yang aku ajukan kepada Paulo, seorang rakyat Filipina yang tak setia kepada negaranya dan bekerja di pejabat yang sama dengan aku. Macam biasa sesi minum-minum lelaki pasti ada perbualan mengenai perempuan dan seks. Ada kajian menunjukkan 60% masa lelaki dihabiskan memikirkan mengenai dua perkara tersebut. Ok, figura itu hanya untuk aku.

"No never." dia menjawab.

"But why?" tanya aku, "haven't found one yet?"

"I don't have money," jawapan yang diberikan olehnya, jujur.

"All you need is love," aku cuba memberi pendapat, sedikit naif. Sedikit pengaruh lagu-lagu pop. Reaksi yang diberikan olehnya juga positif - dia tergelak besar.

Setelah beberapa saat tergelak, dengan masih bernada ketawa dia berkata,

"That's why you are still single!"

(harap Paulo tidak kisah dirinya dijadikan bahan penulisan aku. Ye, dia tak tahu Bahasa Melayu.)

Selamat

Sehari selepas aku padam blog itu, aku rasa tak tentu arah. Aku rasa macam pegangan aku, personaliti aku hilang, tidak dijangka oleh aku ketika jari aku menggigil menolak tetikus ke arah butang 'Delete Blog'. Aku bukannya jenis suka menarik perhatian orang dengan permasalahan aku, melaungkan atau meneriak di alam cyber, tetapi melalui penulisan yang sarkastik dan sedikit humor menyindir, aku berjaya sedikit sebanyak menjadikan blog itu  sebagai terapi untuk segala permasalahan aku. Tetapi bila sedar 'pusat terapi mental' itu sudah tiada, aku hilang arah. Silap haribulan aku boleh memasuki pusat terapi mental yang sebenar.

Jadi hari ini, bukan lagi kerana seorang perempuan parasit, aku ciptakan blog ini khusus untuk anda yang sering memberi sokongan kepada tulisan aku yang tak seberapa ini. Kali ini lebih kepada cintanya aku kepada bidang penulisan dan juga ketagihan aku untuk menaip tanpa melihat keyboard. Biarlah kalau hanya 5 orang yang pasif sekalipun yang baca, aku tidak kisah. Sekurang-kurangnya aku tahu masih lagi ada yang tahu appreciate.

Salam perkenalan. Maaf, diri masih dikuasai emosi.