Tuesday 26 July 2011

Siri menulis apa yang terlintas di fikiran

Aku mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dan mengepitnya di celah bibir pucat yang pucat kerana rokok juga. Sebaik sahaja ibu jari kanan menggerakkan roda penggores pemetik api, aku mendapat ilham untuk membeli minuman terlebih dahulu di stor 24 jam berdekatan. Minum air berkafein sambil mengisap rokok agak menangkap paru-paru dan menghiburkan. Jadi aku batalkan percubaan pertama menyalakan rokok dan menyelitkan pula rokok ke telinga. Ini kerana stor runcit 24 jam tersebut diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, jadi aku seperti lembu dicucuk hidung hanya mengikut perintah untuk tidak merokok di dalam kedai.

Setelah membeli minuman malt tanpa alkohol keluaran syarikat beer terkemuka dunia, aku keluar semula dari kedai tersebut setelah membelek-belek majalah hiburan kelolaan pondan-pondan pemeras ugut artis tempatan yang berkulit-muka kan makhluk penjual muka dari Korea Selatan.

Jadi setelah menyebut 'ahhh' hasil kepuasan togokan pertama, roda penggores api digerakkan sekali lagi mengikut arah jam menghasilkan api dan didekatkan ke hujung rokok. Sebaik api menyentuh tembakau yang khabarnya digaulkan bersama cecair pencuci lantai, sedutan pertama yang mengandungi oksigen membantu pembakaran secara perlahan-lahan dan terhasillah nyalaan rokok yang tidak padam-padam selagi tidak dipijak.

Aktiviti kurang menyihatkan berterusan tiga-empat sedutan tiba-tiba telinga terasa gatal. Sebaik kuku menyentuh telinga terasa sesuatu yang asing melekat di atas telinga di celah rambut. Rupa-rupanya rokok yang dibatalkan nyalaannya sebentar tadi masih ada di situ manakala rokok yang sedang dihisap rupanya adalah rokok lain yang dikeluarkan dari kotak.

Alaa..kena hisap dua batang pulak.

Tuesday 12 July 2011

Gambar-gambar dari perhimpunan haram lepas. Sesungguhnya demonstrasi bukan budaya kita.


Rusuhan akibat tidak puas hati dengan pihak pemerintah. 


Jalanraya digunakan untuk melaungkan protes. Berapa ramai la peniaga kain pelikat dan seluar yankie yang kerugian ni. Nak pergi joget lambak pun tak dapat.

Diorang ni tak boleh fikir ke, ini perbuatan sia-sia. Tak menggugat pihak pemerintah  pun.