Wednesday 6 April 2011

Selamat

Sehari selepas aku padam blog itu, aku rasa tak tentu arah. Aku rasa macam pegangan aku, personaliti aku hilang, tidak dijangka oleh aku ketika jari aku menggigil menolak tetikus ke arah butang 'Delete Blog'. Aku bukannya jenis suka menarik perhatian orang dengan permasalahan aku, melaungkan atau meneriak di alam cyber, tetapi melalui penulisan yang sarkastik dan sedikit humor menyindir, aku berjaya sedikit sebanyak menjadikan blog itu  sebagai terapi untuk segala permasalahan aku. Tetapi bila sedar 'pusat terapi mental' itu sudah tiada, aku hilang arah. Silap haribulan aku boleh memasuki pusat terapi mental yang sebenar.

Jadi hari ini, bukan lagi kerana seorang perempuan parasit, aku ciptakan blog ini khusus untuk anda yang sering memberi sokongan kepada tulisan aku yang tak seberapa ini. Kali ini lebih kepada cintanya aku kepada bidang penulisan dan juga ketagihan aku untuk menaip tanpa melihat keyboard. Biarlah kalau hanya 5 orang yang pasif sekalipun yang baca, aku tidak kisah. Sekurang-kurangnya aku tahu masih lagi ada yang tahu appreciate.

Salam perkenalan. Maaf, diri masih dikuasai emosi.

4 comments: