Friday 8 April 2011

Lima satu lima (1)

"Haa..Pia ni nyanyi sedap," wanita yang aku paling sayangi ini mula bersuara,"my favourite actually,"

American Idol. Sebuah pertandingan nyanyian SMS dari negara (obviously) Amerika Syarikat, rancangan kegemaran wanita ini. Semalam aku telah 'ter'lukakan hatinya dengan perangai degil aku. Jadi terpaksalah aku tolak tepi pandangan negatif aku terhadap program realiti tetapi penuh unsur fantasi, dan duduk di sebelahnya di sofa menemani beliau menonton bersama. Demi cinta, kononnya.

"Eh, Stefano dapat bottom three pulak," kata beliau, "nasib baik bukan Scotty, mamat suara besar,"

Aku hanya memandang skrin TV separuh perasaan, tidak peduli dengan nama-nama Yanks yang disebut beliau. Sejak bila dia hafal nama-nama ini aku pun tidak pasti. Harap-harap dia tidak pula cuba untuk mengundi peserta rancangan ini melalui SMS, yang tak akan sampai pun.

Perut aku sudah mula menyanyikan acapella Waiting Room, jadi aku menambah bunyi drum dengan menepuk-nepuk perut, yang hampir menyamai saiz sebuah tabla. Aku sudah mula lapar.

Jadi aku bangun dari sofa dan menuju ke dapur, "Masak apa hari ni?" kata aku. Namun tidak dibalas. Aku bertanya lagi:

"Mama, masak apa hari ni?"

"Pergilah join abah tu makan, lauk semua dah ada atas meja." kata beliau sambil jari telunjuk menunjuk ke arah meja makan, mata masih melekat di skrin TV.

Nun di meja makan, abah aku keseorangan makan nasi. Aku duduk sebelahnya. Join the club.

"Alamaak, Pia keluar pulak!" suara wanita kesayangan masih kedengaran.

No comments:

Post a Comment